KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa merekodkan 11 kluster baharu pada Selasa.

Berikut adalah perincian bagi setiap kluster yang direkodkan.

1. KLUSTER JALAN PLAYAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 68 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER SRI SURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 258 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA BUKIT SEMENYIH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 371 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER BUKIT ANGKAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER PARIT JAMIL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108188) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 612 individu telah disaring, di mana 62 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

BACA: COVID-19: 2,027 kes baharu, 8 kematian dan 11 lagi kluster dilaporkan


6. KLUSTER TOMBOVO

Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-117629) telah dilaporkan positif COVID19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER TAPAK BINA JALAN DESA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 800 individu telah disaring, di mana 116 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangasa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID19 bermula pada 19 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat beli-belah.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 125 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER LANGIT SELATAN

Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112707) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana sembilan kes telah dikesan positif COVID19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER BAH SAYAP

Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112711) telah dilaporkan positif COVID19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana lima kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER MENGKUANG

Kluster ini melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115063) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.

Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif
COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)