COVID-19: 11 lagi kluster baharu dikesan, kluster aktif kini 261

Astro Awani
Januari 12, 2021 11:46 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 11 lagi kluster baharu di negara ini pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 11 lagi kluster baharu di negara ini pada Selasa.
Kluster berkenaan dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Kelantan, Terengganu, serta Putrajaya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kluster aktif di Malaysia adalah sebanyak 261 kluster.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak lapan kluster pula diisytiharkan tamat hari ini.
Ia masing-masing melibatkan Kluster Atabara, Kluster Senu Setia, Kluster Bonggaya, Kluster Jernai, Kluster Pengkalan Barat, Kluster Tapak Bina Puteh Lama, Kluster Tapak Bina Jalan Bukit, dan Kluster Sabaru.
BACA: COVID-19: Malaysia rekod 3,309 jangkitan baharu, tertinggi pernah direkodkan
Berikut perincian mengenai kluster-kluster baharu tersebut:
1. Kluster Jalan Manan
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang.
Nama kluster merujuk kepada alamat tempat kerja di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Haji Abdul Manan, off Jalan Meru, Klang. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 311 individu telah disaring, di mana 83 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. Kluster Persiaran Kuala
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Sabak Bernam di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut iaitu di Persiaran Kuala Selangor. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 2,020 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. Kluster Udarama
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan.
Nama kluster merujuk kepada asrama pekerja di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Asrama Kompleks Udarama. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 134 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. Kluster Iris
Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah pasaraya di daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-139726) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada kediaman kes indeks iaitu di Iris Apartment yang terletak di Taman Desa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 414 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. Kluster Jalan Kiara
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasaraya.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Kiara, Mont Kiara. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. Kluster Dialisis Batu
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa, Cheras, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-121913) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu sebuah pusat dialisis yang terletak di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana enam kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. Kluster Bukit Sekubong
Kluster ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135937) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Rumah Jilan, Bukit Sekubong, Sebauh. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. Kluster Kampung Badak
Kluster ini melibatkan daerah Bachok dan Kota Bharu di Kelantan serta daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-141401) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala serta mempunyai sejarah perjalanan ke Selangor.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Badak, Bachok, Kelantan. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. Kluster Taman Kesedar
Kluster ini melibatkan daerah Gua Musang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135916) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala serta mempunyai sejarah perjalanan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Taman Kesedar Jaya, Gua Musang, Kelantan. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
10. Kluster Dialisis Putra
Kluster ini melibatkan Presint 9 di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133540) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pusat dialisis di Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
11. Kluster Permint Harmoni
Kluster ini melibatkan daerah Kuala Terengganu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-128446) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021.
Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks di Taman Permint Harmoni, Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana lapan kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
#Dr Noor Hisham Abdullah #Batu Caves #Noor Hisham Abdullah #Sabak Bernam #COVID-19 #Malaysia #Kementerian Kesihatan #KKM