KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 116 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam Khamis.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 24,681 kes.

Data KKM di portal COVIDNOW memaklumkan, 29 daripada jumlah kes kematian harian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital (BID).

Bagaimanapun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Sementara kematian sebenar purata tujuh hari direkodkan pada kadar 92 kes.

Antara lain, data tersebut turut menunjukkan kes aktif catat penurunan iaitu sebanyak 198,284.

Mereka yang perlu menjalani kuarantin di rumah adalah 83.4 peratus dengan kadar penggunaan katil di hospital pada 72.6 peratus di seluruh negara.