COVID-19: 12,105 jangkitan baharu, 221 di ICU

Astro Awani
April 7, 2022 02:50 MYT
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 221 kes pesakit COVID-19 dimasukkan ke ICU semalam, dengan 122 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 12,105 kes baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4,280,591, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada jumlah itu, 12,010 kes (99.22%) adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 95 kes (0.78%) adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.
"Daripada 95 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 6 April 2022, 28 kes (29.47%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 30 kes (31.58%) telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak, 37 kes (38.95%) telah menerima dos penggalak, 51 kes (53.68%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 57 kes (60.00%) mempunyai komorbid," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebanyak 221 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 122 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula adalah 21,029 kes.
Semalam, tiada kluster baharu direkodkan, namun 151 kluster masih aktif.
Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau R0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.86, dengan Selangor mencatatkan bacaan tertinggi pada 0.99.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 6 hb April 2022 untuk seluruh negara adalah 0.86. Mana jala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran pic.twitter.com/fZ0UmDNbwa

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #ICU #kadar kebolehjangkitan