KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 12 lagi kluster baharu COVID-19 pada Rabu.

Ia melibatkan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), empat kluster komuniti, dua kluster tempat kerja, dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, dan kluster keagamaan.

Berikut adalah perincian mengenai 12 kluster baharu tersebut: 

1. KLUSTER MELUGU

Kluster institusi pendidikan KPM melibatkan daerah Sri Aman dan Lubuk Antu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394648) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar sebuah sekolah yang terletak di Pekan Sri Aman. 

Sehingga 28 April 2021, sejumlah 582 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER MADAI

Kluster institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Lahad Datu dan Kunak di Sabah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354937) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil 
saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Kampung Madai, Kunak.

Sehingga 28 April 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam
kluster ini.

3. KLUSTER LAYAR HUJUNG

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-398303) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institut pengajian yang terletak di Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, Kuala Muda.

Sehingga 28 April 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN GOMBAK DUA 

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor; daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-396349) dilaporkan positif COVID19 pada 27 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Gombak. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER ULU STRASS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378743) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Ulu Strass,
Meradong.

Sehingga 28 April 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN MAHARAJALELA 

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak, daerah Kuala Muda di Kedah, serta daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-371629) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil
saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini melibatkan sebuah perjumpaan yang diadakan di Jalan Padang Tembak off Jalan Maharaja Lela, Teluk Intan.

Sehingga 28 April 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER TAMAN WIRA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kluang, Batu Pahat dan Kulai di Johor.

Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke388537 dan kes ke-388554) dilaporkan positif COVID-19 pada
24 April 2021 hasil saringan individu-individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks di Taman Wira Simpang, Kluang.

Sehingga 28 April 2021, sejumlah 134 individu telah disaring, di mana 26 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

8. KLUSTER PINTU AIR RELAU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bandar Baharu dan Kota Setar di Kedah.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-395626) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Pintu Air, Relau,
Bandar Baharu.

Sehingga 28 April 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam
kluster ini.

9. KLUSTER JALAN RIMBUNAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Gombak di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-393277) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan, Kepong.

Sehingga 28 April 2021, sejumlah 88 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.

10. KLUSTER JALAN BAKARIAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385606) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perladangan yang terletak di Jalan Bakariah, Muar. Sehingga 28 April 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER JALAN SEKINCHAN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Klang di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-385296) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Sekinchan, Pandamaran, Klang.

Sehingga 28 April 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

12. KLUSTER LEBOH GAMBUS

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Klang di Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-375474) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Leboh Gambus 14, Taman Desawan, Klang.

Sehingga 28 April 2021, sejumlah 123 individu telah disaring, di mana 61 kes dikesan positif COVID-19
dalam kluster ini.