Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) telah menerima seramai 12 pesakit bagi fasa pertama.
Menurut Pengarahnya, Dr. Md. Anuar Abd Samad @ Mahmood, bilangan itu dijangka meningkat tidak lama lagi dengan penerimaan hanya dikhususkan bagi pesakit yang berisiko rendah.
"Kita sudah mula terima kemasukan pesakit positif COVID-19 sejak 21 April lalu dan mungkin akan ada lagi pertambahan berdasarkan maklumat terkini daripada hospital.
"Kemasukan ke sini ada tapisan kerana kita fokus pada pesakit yang tidak bergejala dan berisiko rendah," katanya ketika tinjauan di pusat kuarantin berkenaan pada Khamis.
Katanya lagi, pusat kuarantin itu beroperasi dengan kelengkapan asas yang sama seperti hospital biasa dan tidak mempunyai kemudahan peralatan perubatan unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit yang kritikal.
"Kita tidak mempunyai kelengkapan seperti di ICU dan itu antara sebab kita letak syarat kemasukan pesakit COVID-19 yang berisiko rendah sebab kita bimbang tak mampu rawat pesakit kritikal," katanya lagi.
Tinjauan mendapati, sebanyak 64 daripada keseluruhan 400 katil di pusat berkenaan sudah dibuka di Dewan A. Selain itu, pusat berkenaan turut menyediakan 240 katil di Dewan C sebagai persediaan jika petugas kesihatan dijangkiti.
Buat masa ini, pusat kuarantin berkenaan turut menerima pesakit daripada hospital COVID-19 termasuk Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Rembau di Negeri Sembilan selain beberapa hospital di sekitar Lembah Klang.
BACA: Pusat kuarantin di MAEPS terima pesakit COVID-19 minggu depan
BACA: Hanya empat hari! Dua dewan MAEPS sudah bertukar jadi pusat rawatan COVID-19
Hilmi Malik
Thu Apr 23 2020
Dr. Md. Anuar berkata, pihaknya bersedia menerima pesakit yang akan dimasukkan ke pusat berkenaan. Gambar/ Astro AWANI.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Semakan menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.
Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.
COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus
Molekul dari bisa ular kapak jenis 'jararacussu pit' itu mampu mengekang pembiakan virus tersebut sebanyak 75 peratus di dalam monyet.
UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai
Program itu bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan varian COVID-19 berbeza.
COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam
Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes).
COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM
Kadar peratusan bagi pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah sebanyak 47.6 peratus atau bersamaan 9,351 kes.
COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.
COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja
Kategori komuniti pula merekodkan 11 kluster manakala kluster lain yang dikesan KKM ialah kategori Institusi Pendidikan dan Kumpulan Berisiko Tinggi.
COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM
Trend jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes.
Hospital buka 'wad baharu' di tempat letak kereta susulan lonjakan jumlah pesakit COVID-19
UMMC juga merancang untuk membuka khemah hospital bergerak awal minggu depan.