KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 13 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,520 orang, daripada 4.4 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, satu daripada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, terdapat 61,871 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 60,162 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 77 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 1,531 kes dirawat di hospital dan 101 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 38 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 63 lagi memerlukan mesin ventilator