COVID-19: 13 kluster baharu dikesan, 11 libatkan tempat kerja

Umavathi Ramayah
Mac 26, 2021 11:22 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan 13 kluster baharu itu menjadikan keseluruhan 393 kluster aktif setakat hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kluster baharu dikesan dengan 11 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.
Tiga daripada kluster itu direkodkan di Johor sementara masing-masing dua kluster di Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Kelantan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan 13 kluster baharu itu menjadikan keseluruhan 393 kluster aktif setakat hari ini.
"Kluster-kluster yang menyaksikan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah daripada Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (50 kes) dan Kluster Persiaran Cassia Selatan (33 kes)," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 14 kluster ditamatkan hari ini selepas tiada kes dikesan dalam tempoh 28 hari berturut-turut.
Antara kluster yang ditamatkan katanya, adalah Kluster Jalan Cyber Sembilan, Kluster Jalan Bayam, Kluster Jalan Kelapa Mawar, Kluster Jalan DPB Tiga, Kluster Mediacity, Kluster Lorong Bersatu Damai, Kluster Bukit Angkasa, Kluster Jalan Cyber 14, Kluster Hikmah Muadzam, Kluster Simpang Tiga Muar, Kluster Jalan Mega Satu, Kluster Tapak Bina Jalan Setia, Kluster Tapak Bina Persiaran Mokhtar dan Kluster Jalan Rumbia Dua.
Berikut adalah perincian mengenai kluster-kluster baharu:
1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN ATMOSPHERE
2. KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI EMAS 3. KLUSTER LEBUHRAYA KAMPUNG JAWA
4. KLUSTER PERSIARAN CASSIA SELATAN 5. KLUSTER TAMAN BRICK
6. KLUSTER JALAN GEMILANG SUKAN 7. KLUSTER JALAN SUNGAI CHAT 8. KLUSTER PAYA BEMBAN
9. KLUSTER SAWIT SEBRANG 10. KLUSTER KOLAM LINTAS 11. KLUSTER LORONG DESA SENADIN
12. KLUSTER BATU GONG
13. KLUSTER PENGKALAN NANGKA TUMPAT
#Kluster baharu #kes baharu #COVID-19 #tempat kerja #komuniti #Kementerian Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah