COVID-19: 13 kluster diisytihar tamat - KKM

Bernama
Mei 21, 2020 10:18 MYT
KKM menjelaskan, 'Kluster Diisytiharkan Tamat' bermaksud tiada lagi kes baharu dicatatkan. Gambar fail
Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan secara keseluruhan sebanyak 13 kluster COVID-19 sudah tamat sehingga kini.
Dalam satu hantaran laman Facebook rasmi KKM, kementerian itu memperincikan kesemua kluster berkenaan ialah:
1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi
2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas)
3. Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan)
4. Kluster Selayang (Pasar Harian)
5. Kluster Rembau
6. Kluster Tabligh Pakistan
7. Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh
8. Kluster Pekan
9. Kluster Kilang Pasir Gudang
10. Kluster BBIM
11. Kluster Tabligh Makassar Sabah
12. Kluster Pengerang
13. Kluster Istana Negara
KKM turut menjelaskan, 'Kluster Diisytiharkan Tamat' bermaksud tiada lagi kes baharu dicatatkan dalam sesuatu kluster itu berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan.
"Kriteria utama untuk menamatkan sesuatu kluster adalah tiada kes baharu selepas dua kali tempoh inkubasi (14hari/satu inkubasi) iaitu 28 hari selepas tarikh gejala bagi kes yang terakhir atau tarikh positif COVID-19 jika kes terakhir tiada gejala.
"Contohnya, kluster A, tarikh positif kes terakhir (tiada gejala) dalam kluster itu ialah 1/4/2020, ini bermaksud jangkaan tamat bagi kluster A ialah 29/4/2020. Dalam hal ini, kita dapat lihat bahawa tempoh antara 1/4/2020-29/4/2020 adalah bersamaan 28 hari," katanya.
-- BERNAMA
#13 kluster #COVID-19 #Facebook #Kementerian Kesihatan #kesihatan #KKM #kluster #tamat