KUALA LUMPUR: Sejumlah 140,608 individu dilaporkan hilang kerja sejak Mac 2020 sehingga 20 Ogos lalu, iaitu ketika tempoh negara dilanda wabak COVID-19.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata, data itu adalah berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Kerajaan sedar serta amat prihatin terhadap impak COVID-19 di kalangan rakyat yang serius. Dalam tempoh tidak menentu ini ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan atau diberhentikan, memerlukan sokongan dan bantuan.
"Sehubungan itu, antara tindakan kerajaan bagi menangani kehilangan pekerjaan adalah menyalurkan bantuan dengan membantu Orang Berinsurans yang telah kehilangan pekerjaan," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang ingin tahu statistik kehilangan pekerjaan di kalangan rakyat sejak pandemik COVID-19 melanda dan apakah tindakan kerajaan menanganinya.
Mengulas lanjut, Saravanan berkata, bantuan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) meliputi faedah berbentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan seperti Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB), Elaun Latihan dan pembiayaan fi latihan.
Menurutnya, sehingga kini lebih 1 juta pencari kerja telah berdaftar di Portal Pekerjaan MYFutureJobs di mana dari 1 Januari 2021 sehingga Ogos 2021, 203,102 individu berjaya mendapat pekerjaan.
Astro Awani
Wed Sep 29 2021
Lebih 1 juta pencari kerja berdaftar di Portal Pekerjaan MYFutureJobs di mana dari 1 Januari 2021 sehingga Ogos 2021, 203,102 individu berjaya mendapat pekerjaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
COVID-19: 140,608 hilang kerja, 203,102 berjaya dapat kerja
Dalam tempoh tidak menentu ini ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan atau diberhentikan, memerlukan sokongan dan bantuan.
4.7 juta pekerja Thailand bakal hilang pekerjaan ekoran gelombang baharu COVID-19
Pekerja yang mungkin kehilangan pendapatan ini terdiri daripada mereka yang menerima upah harian dan yang bekerja sendiri.
COVID-19: Hampir 100,000 hilang kerja sejak Januari - Timbalan Menteri
Antara kategori yang kehilangan kerja tersebut merupakan pekerja berpendapatan RM4,000 ke atas.
Perkeso tawar bantuan pekerja industri penerbangan hilang kerja
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) komited dan sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan kerja melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
Wisma Putra perhalusi isu rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan di Arab Saudi
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memperhalusi pendekatan untuk membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan di Arab Saudi.
PKPP: SOP pembukaan tadika swasta, pusat tuisyen sedang dirangka - Ismail Sabri
Ribuan guru pendidikan awal kanak-kanak itu dikatakan berisiko kehilangan pekerjaan.
Majikan disaran utamakan warga tempatan berbanding pekerja asing - Saravanan
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata ada antara majikan dilihat lebih gemar menggaji warganegara asing berbanding pekerja tempatan.
Nissan Motor rugi AS$6.2b: Kilang di Catalonia ditutup, 3,000 orang hilang kerja
Pandemik COVID-19 banyak mempengaruhi pengeluaran, penjualan dan aktiviti perniagaan Nissan di semua wilayah.
Perkeso terima 21,800 permohonan faedah Skim Insurans Pekerjaan
Sebanyak 21,800 permohonan faedah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) daripada individu yang kehilangan pekerjaan diterima Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
COVID-19: Adu ke Jabatan Tenaga Kerja jika hilang kerja
Setakat ini satu aduan diterima membabitkan 500 pemandu bas persiaran yang tidak dibayar gaji oleh majikan.