KUALA LUMPUR : Sebanyak 22, 597 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah itu, 98 peratus merupakan kes yang terdiri daripada pesakit Kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan gejala ringan.

Berikut 5 tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

1. 141 kes atau bersamaan 0.6 peratus melibatkan pesakit Kategori 5 iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.

2. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 268,548 kes.

3. ICU sedang merawat seramai 986 pesakit dan daripada jumlah itu, 451 kes memerlukan bantuan pernafasan.

4. 252 lagi kematian baharu dengan jumlah kumulatif kini 15,802 kes.

5. 36 lagi kluster baharu, tempat kerja melaporkan jumlah tertinggi.