KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari kes menunjukkan trend penurunan, hari ini kes positif COVID-19 mencatatkan sedikit peningkatan dengan pertambahan 15,759 kes baharu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu membawa jumlah kumulatif kes kepada angka 2,127,934.

Negeri dengan kes tertinggi masih lagi Sarawak iaitu pertambahan 3,732 kes, diikuti Johor 1,959 kes, Selangor dengan 1,934 kes, Pulau Pinang dengan 1,417 kes dan Kelantan 1,338 kes baharu.



Jelas Dr Noor Hisham, daripada keseluruhan kes harian, 98.2 peratus atau 15,471 kes adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala, 288 kes (1.8 peratus) lagi adalah kategori 3, 4, dan 5.

Dalam pada itu, seramai 16,650 lagi pesakit dilaporkan pulih daripada COVID-19 dengan menjadikan angka keseluruhan kepada 1,897,386.

Ketika ini, 1,117 pesakit sedang dirawat unit rawatan rapi (ICU) dengan 635 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Turut dilaporkan, seramai 16,650 lagi pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

Kementerian Kesihatan turut melaporkan 23 lagi kluster baharu dengan majoritinya dicatatkan di Kelantan dan ini membawa jumlah kluster aktif kini sebanyak 1,315.