COVID-19: 15,764 kes baharu, kematian harian tertinggi direkodkan

Astro Awani
Ogos 2, 2021 07:13 MYT
Dr Noor Hisham berkata, Selangor masih penyumbang tertinggi penularan kes harian sebanyak 6,067 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 sepanjang 24 jam yang lalu mencatatkan penurunan apabila 15,764 kes dilaporkan hari ini, berbanding sebanyak 17,150 kes semalam.
Ia sekali gus membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,146,186 sejak pandemik bermula di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, berdasarkan jumlah kes baharu, negeri Selangor masih penyumbang tertinggi penularan kes harian dengan 6,067 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,536) dan Johor (1,222).

Sehingga 2 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,764 kes (1,146,186 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 6,067 (419,812) WPKL - 1,536 (126,649) Johor - 1,222 (92,950) Sabah - 1,166 (86,889) Sarawak - 411 (77,717) Negeri Sembilan - 862 (73,162) pic.twitter.com/i176mCBkLR

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kedah - 1,108 (48,250) Pulau Pinang - 667 (47,252) Kelantan - 552 (44,005) Perak - 748 (39,120) Melaka - 463 (32,515) Pahang - 475 (25,587) Terengganu - 425 (17,802) WP Labuan - 7 (9,673) WP Putrajaya - 46 (4,069) Perlis - 9 (734)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurutnya, terdapat enam kes import yang menerima jangkitan iaitu dua warganegara dan empat bukan warganegara.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 199,051 kes.
Mengenai jumlah korban, sebanyak 219 lagi pertambahan kes kematian baharu dilaporkan dan tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini kepada 9,403 kes.

COVID-19: 2 Ogos 2021 J kes sembuh:11,767 J kumulatif:937,732 (81.8%) J kes baru:15,764 J kumulatif:1,146,186 J kes aktif:199,051 Kes local:15,758 (13,224WN, 2,534BWN) Kes import:6 (4BWN) J kematian:219 (201WN) J kumulatif:9,403(0.82%) J kes di ICU:1,063 Pt Intubated: 532 pic.twitter.com/pDVylYstON

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini sedang merawat sebanyak 1,063 kes dan daripada jumlah itu, 532 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Bagi jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah sebanyak 937,732 kes termasuk dengan jumlah kes pulih baharu sebanyak 11,767 kes hari ini.
Sementara itu, 29 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 13 daripadanya adalah kluster tempat kerja.
Kelantan pula merekodkan 10 kluster baharu dengan enam daripanya adalah kluster komuniti.
Jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 2,603 kluster dan jumlah kluster aktif sebanyak 1,128 kluster.

Ringkasan kluster baharu, 2 Ogos 2021. 29 kluster baharu dilaporkan dengan 13 daripadanya adalah kluster tempat kerja. Kelantan merekodkan 10 kluster baharu dengan 6 daripanya adalah kluster komuniti. pic.twitter.com/vKwscUNRML

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kenyataan Akhbar KPK 2 Ogos 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia https://t.co/Iy6JShmXg3

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Twitter #pandemik #ICU #kematian #Sembuh