KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu mengesahkan kes harian dalam tempoh 24 jam lalu adalah sebanyak 15,902, peningkatan berbanding 15,573 kes semalam, menjadikan kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 996,393 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negara iaitu sebanyak 7,351 kes bersamaan 358,969 kes kumulatif.

Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mencatatkan peningkatan kes iaitu 2,406 kes, diikuti Kedah (867), Johor (804), Sabah (712), Melaka (631) dan Negeri Sembilan (625)

Ia diikuti Pulau Pinang (530), Kelantan (502), Perak (469), Pahang (406) dan Sarawak (261).

Dalam pada itu, menurut Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 9,471 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 834,858 kes.

Daripada jumlah kes harian, hanya 25 kes import manakala 15,902 kes adalah jangkitan tempatan.

Dalam pada itu, sebanyak 184 kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 7,902 kes dengan peratusan berjumlah 0.79 peratus

Kes memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) jelasnya sebanyak 950 kes, manakala 468 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.