COVID-19: 15,902 kes baharu, tertinggi setakat ini - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Julai 24, 2021 07:41 MYT
Dr Noor Hisham berkata, negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negara iaitu sebanyak 7,351 kes. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu mengesahkan kes harian dalam tempoh 24 jam lalu adalah sebanyak 15,902, peningkatan berbanding 15,573 kes semalam, menjadikan kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 996,393 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negara iaitu sebanyak 7,351 kes bersamaan 358,969 kes kumulatif.
Manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mencatatkan peningkatan kes iaitu 2,406 kes, diikuti Kedah (867), Johor (804), Sabah (712), Melaka (631) dan Negeri Sembilan (625)
Ia diikuti Pulau Pinang (530), Kelantan (502), Perak (469), Pahang (406) dan Sarawak (261).

Sehingga 24 Julai 2021 Jumlah kes COVID-19 adalah 15,902 (996,393) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 7,351 (358,969) WPKL - 2,406 (108,006) Johor - 804 (83,308) Sabah - 712 (78,652) Sarawak - 261 (73,579) Negeri Sembilan - 625 (66,102) Pulau Pinang - 505 (41,524) pic.twitter.com/ngJqIgkBHp

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam pada itu, menurut Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 9,471 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 834,858 kes.
Daripada jumlah kes harian, hanya 25 kes import manakala 15,902 kes adalah jangkitan tempatan.
Dalam pada itu, sebanyak 184 kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 7,902 kes dengan peratusan berjumlah 0.79 peratus
Kes memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) jelasnya sebanyak 950 kes, manakala 468 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Status Terkini #COVID19, 24 Julai 2021 Kes sembuh= 9,471 Jumlah kes sembuh= 834,858 Kes baharu positif= 15,902 (25 import) Jumlah positif= 996,393 Kes kematian= 184 Jumlah kes kematian= 7,902 Kes dirawat di ICU= 950 Bantuan alat pernafasan= 468 pic.twitter.com/CuQ0ZAdEeg

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 24, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Twitter #COVID-19 #pandemik #KKM #kes baharu #Malaysia #jangkitan #penularan #kesihatan #Noor Hisham Abdullah