COVID-19: 17,170 kes baharu, 174 kematian

Astro Awani
Julai 29, 2021 07:00 MYT
Angka jangkitan baharu COVID-19 masih di paras melebihi 17,000 apabila mencatatkan 17,170 dalam tempoh 24 jam. - Bernama
KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 masih di paras melebihi 17,000 apabila mencatatkan 17,170 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam (17,405 kes).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1.078 juta kes.
Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 7,163 kes.
Ini diikuti Kuala Lumpur (2,138), Kedah (1,212 kes), Johor (1,054), Negeri Sembilan (884) dan Sabah (776).

Sehingga 29 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,170 kes (1,078,646 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 7,163 (394,927) WPKL - 2,138 (118,951) Johor - 1,054 (88,435) Sabah - 776 (82,620) Sarawak - 582 (75,793) Negeri Sembilan - 884 (69,483) pic.twitter.com/MRMAE3ZEaz

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, sebanyak 12,930 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 890,742 kes.
Daripada jumlah kes harian, terdapat 32 kes import manakala 17,138 kes adalah jangkitan tempatan.
Sementara itu sebanyak 174 lagi kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 8,725 kes.
Kes memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) jelasnya sebanyak 1,043 kes, manakala 531 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif #jangkitan #Selangor #Kuala Lumpur #Kedah #Negeri Sembilan