COVID-19: 17,786 kes baharu, 5 negeri catat lebih 1,000 kes

Hilmi Malik
Julai 31, 2021 08:12 MYT
Selangor masih catat penularan tertinggi dengan sebanyak 6,400 kes kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR : Angka kes COVID-19 kembali meningkat berbanding semalam apabila 17,786 kes baharu dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,113,272.
Ini sekali gus merekodkan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan negara sejak dilanda pandemik itu tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan angka tertinggi penularan dengan sebanyak 6,400 kes diikuti Kuala Lumpur, 1,962 kes, dan Kedah sebanyak 1,389 kes.
Selain itu dua negeri lain turut mencatatkan angka melebihi 1,000 kes iaitu Johor dengan 1,144 kes dan Sabah 1,035 kes.
Sementara itu, kes kematian mencatatkan pertambahan sebanyak 165 kes dengan jumlah kumulatif kini sebanyak 9,024 kes.
Setakat ini, sebanyak 1,062 kes sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 534 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala kes sembuh secara keseluruhannya kini sebanyak 914,639 kes termasuk jumlah kes sembuh baharu hari ini iaitu sebanyak 11,718 kes.

Sehingga 31 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,786 kes (1,113,272 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor -6,400 (407,419) WPKL - 1,962 (123,027) Johor - 1,144 (90,683) Sabah - 1,035 (84,721) Sarawak - 485 (76,728) Negeri Sembilan - 929 (71,491) pic.twitter.com/862sKXbeS7

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pulau Pinang - 713 (45,833) Kedah - 1,389 (45,631) Kelantan - 580 (42,994) Perak - 775 (37,679) Melaka - 697 (31,366) Pahang - 653 (24,436) Terengganu - 883 (16,948) WP Labuan - 9 (9,661) WP Putrajaya - 116 (3,951) Perlis - 16 (704)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 31, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #kes baharu #kes kematian #koronavirus #Dr Noor Hisham Abdullah