COVID-19: 17 kluster baharu dikenal pasti oleh KKM

Hilmi Malik
Januari 27, 2021 12:15 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan pertambahan 17 kluster baharu pada Rabu merangkumi 15 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pertambahan sebanyak 17 kluster baharu pada Rabu merangkumi 15 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.
Berikut perincian bagi setiap kluster tersebut:
KLUSTER PARIT LANJUT
- Melibatkan daerah Muar, Johor.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 1,451 individu disaring, 547 kes positif.
KLUSTER INDUSTRI GRISEK
- Melibatkan daerah Tangkak dan Muar, Johor.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
- Seramai 537 individu disaring, 145 kes positif.
KLUSTER JALAN TRUS
- Melibatkan daerah Johor Bahru dan Kluang, Johor.
- Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan kemasukan wad.
- Seramai 77 individu disaring, 10 kes positif.
KLUSTER JALAN MEDINI
- Melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
- Kes dikesan positif pada 15 Januari hasil saringan individu bergejala
- Seramai 291 individu disaring, 13 kes positif.
KLUSTER TENGAH TIGA
- Melibatkan daerah Kluang, Johor.
- Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 78 individu disaring, 9 kes positif.
BACA: COVID-19: 3,680 jangkitan baharu, tujuh kematian, Johor rekod 1,069 kes
KLUSTER PENGERANG UTARA
- Melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor.
- Kes dikesan positif pada 18 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 235 individu disaring, 26 kes positif.
KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN TECOMA
- Melibatkan daerah Kepong, Kuala Lumpur.
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan bersasar tapak binaan.
- Seramai 376 individu disaring, 157 kes positif.
KLUSTER DANAU
- Melibatkan daerah Tititwansa, Kuala Lumpur
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan pengawal keselamatan.
- Seramai 47 individu disaring, 11 kes positif.
KLUSTER JALAN YAHYA
- Melibatkan daerah Titiwangsa, Kuala Lumpur.
- Kes dikesan positif pada 26 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 100 individu disaring, lapan kes positif.
KLUSTER JALAN PUDU
- Melibatkan daerah Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 152 individu disaring, 13 kes positif.
KLUSTER JALAN MUTIARA
- Melibatkan daerah Petaling, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan pra pekerjaan pengawal keselamatan.
- Seramai 32 individu disaring, kesemuanya positif.
KLUSTER TAPAK BINA TANJUNG
- Melibatkan daerah Kuala Langat, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 10 Januari hasil saringan bersasar tapak bina.
- Seramai 1,252 individu disaring, 46 kes positif.
KLUSTER PERSIARAN PERKILANGAN
- Melibatkan daerah Petaling dan Klang, Selangor.
- Kes dikesan positif pada 18 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang.
- Seramai 2,121 individu disaring, 19 kes positif.
KLUSTER JALAN SULAMAN
- Melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
- Kes dikesan positif pada 27 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 111 individu disaring, 23 kes positif.
KLUSTER JALAN SERI
- Melibatkan daerah Kinta, Perak.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil kes influenza.
- Seramai 24 individu disaring, 17 kes positif.
KLUSTER JALAN PENGKALAN
- Melibatkan daerah Kinta, Kerian, Kampar, Perak.
- Kes dikesan positif pada 23 Januari hasil saringan sebelum pulang negara asal.
- Seramai 104 individu disaring, 41 kes positif.
KLUSTER BEDAYAN
- Melibatkan daerah Serian dan Samarahan, Sarawak.
- Kes dikesan positif pada 20 Januari hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 112 individu disaring, 13 kes positif.
#KKM #COVID-19 #Kluster baharu #koronavirus #Dr Noor Hisham Abdullah