KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 17 lagi kluster baharu yang telah dikenal pasti.

Daripada jumlah itu, sebanyak sembilan kluster melibatkan kategori tempat kerja, lima kategori komuniti dan tiga lagi merupakan kategori kumpulan berisiko tinggi.

Secara keseluruhan, sebanyak 2,882 kluster telah direkodkan dan daripada jumlah itu, kluster yang dilapor aktif adalah sebanyak 877 kluster.

Setakat ini, kluster bagi kategori tempat kerja merekodkan kluster tertinggi.

Berikut perincian bagi kluster baharu pada 2 Julai.


Berikut 17 kluster baharu yang dikenal pasti, tempat kerja masih penyumbang tertinggi