KUALA LUMPUR: Sebanyak 18,762 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Rabu, menurun berbanding 20,897  semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 1,765,016.

Daripada jumlah kes baharu, Selangor merekodkan penurunan sebanyak 3,711 kes berbanding 4,371 semalam. 

Ia diikuti Sabah 2,430, Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) Kelantan (1,504) dan Perak (899).

Manakala, Pahang mencatatkan 715 kes, Kuala Lumpur (573),  Terengganu (506), Melaka (309), dan Negeri Sembilan (291)

Tiga negeri kekal mencatatkan kes bawah 100 iaitu Perlis (33), dan Labuan (3).



Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebanyak 278  kematian direkodkan pada Rabu, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia kini ialah 16,942 kematian.

Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah sebanyak 1,007 dengan 464 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, kes sembuh pula merekodkan seramai 21,073 pesakit telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih ialah 1,482,800 , tambah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)