COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam

Hilmi Malik
Ogos 22, 2021 08:26 MYT
Selangor hari ini masih tertinggi dengan jumlah kes harian sebanyak 5,379 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sebanyak 19,807 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu yang menyaksikan penurunan angka berbanding semalam dengan 22,262 jangkitan.
Angka terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik tersebut menular kini melonjak kepada 1,555,093 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes).
"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 262,255 kes," kata beliau.
Negara hari ini turut melaporkan pertambahan sebanyak 232 kematian baharu menjadikan angka kumulatif sebanyak 14,168 kes.
Manakala jumlah kes sembuh hari ini adalah sebanyak 18,200 dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,278,670 kes.
Ketika ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 1,026 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 496 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga 22 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,807 kes (1,555,093 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor -5,379 (557,510) WPKL - 999 (164,521) Sabah - 2,638 (121,956) Johor - 1,391 (120,939) Sarawak - 1,772 (98,300) Negeri Sembilan - 508 (88,356)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#KKM #COVID-19 #koronavirus #kes baharu #kes kematian #Dr Noor Hisham Abdullah