COVID-19: 2,078 kes baharu, kes aktif lebih 20,000

Astro Awani
April 19, 2021 09:23 MYT
Selangor menjadi negeri kedua tertinggi iaitu 457 kes, Kelantan (290) dan Kuala Lumpur (153). - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 2,078 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sarawak menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi iaitu 589 kes.
"Selangor menjadi negeri kedua tertinggi iaitu 457 kes, Kelantan (290) dan Kuala Lumpur (153)," katanya menerusi kemas kini di media sosial beliau.
Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham memaklumkan, pertambahan itu menyebabkan kes aktif kini adalah 20,522 kes.
"Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 228 kes sementara kes yang memerlukan bantuan pernafasan adalah 93 kes," katanya.

Status Terkini #COVID19, 19 April 2021 Kes sembuh= 1,402 Jumlah kes sembuh= 355,224 Kes baharu positif= 2,078 (2,065 tempatan, 13 import) Jumlah positif= 377,132 Kes kematian= 8 Jumlah kes kematian= 1,386 Kes dirawat di ICU= 228 Bantuan Alat Pernafasan= 93 pic.twitter.com/w4MsVmi56a

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau turut memaklumkan terdapat lapan kematian baharu direkodkan di empat negeri iaitu Sarawak (3), Sabah (2), Selangor (2) dan Kuala Lumpur (1).
Sementara itu, sejumlah 1,402 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj.
Berikut antara pecahan kes baharu mengikut negeri:
Sarawak - 589 (24,529)
Selangor - 457 (124,046)
Kelantan - 290 (8,738)
WP KL - 153 (40,245)
Sabah - 125 (56,910)
Johor - 115 (43,431)
P Pinang - 91 (18,375)
N Sembilan - 91 (18,006)
Kedah - 48 (9,129)
Perak - 43 (14,104)
Pahang - 32 (4,727)
Melaka - 27 (6,929)
Terengganu - 8 (3,903)
WP Labuan - 6 (2,433)
WP Putrajaya - 2 (1,277)
Perlis - 1 (350)

Pecahan kes bahari mengikut negeri pada 19 April 2021. pic.twitter.com/3aDGn3bWS9

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dr Noor Hisham Abdullah #kesihatan #media sosial #COVID-19 #jangkitan #Kes baharu COVID-19