KUALA LUMPUR: Buat kali kedua tahun ini, Malaysia catat sifar kematian akibat COVID-19 semalam.

Kali terakhir Malaysia tidak catat sebarang korban akibat virus itu adalah pada 25 Jun lepas.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,745 kes.

Sementara itu, kes baharu menurun kepada 2,302 berbanding 2,512 hari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, dua adalah kes import, manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 28,010.

26,929 individu atau 96.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 16 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,039 pesakit dirawat di hospital dengan 31 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).