COVID-19: 2,340 kes baharu, Selangor tertinggi

Astro Awani
April 21, 2021 09:02 MYT
Menurut Dr Noor Hisham, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 526 kes jangkitan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 381,813 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 526 kes jangkitan.
Ini diikuti oleh Sarawak dengan 429 kes, Kelantan sebanyak 370 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 291 kes," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan media harian pada Rabu.

Sehingga 21 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 2,340 (381,813 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 526 (125,111) Sabah - 172 (57,164) Johor - 170 (43,703) WP KL - 291 (40,880) Sarawak - 429 (25,558) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

P Pinang - 111 (18,578) N Sembilan - 24 (18,047) Perak - 38 (14,176) Kelantan - 370 (9,537) Kedah - 55 (9,228) Melaka - 63 (7,011) Pahang - 81 (4,825) Terengganu - 1 (3,919) WP Labuan - 2 (2,436) WP Putrajaya - 6 (1,286) Perlis - 1 (354). 2/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,910 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 358,726 kes.
Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 21,687.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 11 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,400.
Katanya, seramai 248 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 101 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

COVID-19; 21 April 2021 J kes sembuh:1,910 J kumulatif:358,726 (93.95%) J kes baru:2,340 J kumulatif:381,813 J kes aktif:21,687 Kes local:2,328 (2,136WN, 192BWN) Kes import:12 (1 WN, 11 BWN) J kematian:11 (9WN) J kumulatif:1,400(0.37%) J kes di ICU:248 Pesakit Intubated:101 pic.twitter.com/7tFzbKIqCv

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, KKM juga memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan dua kluster tempat kerja, tiga komuniti, satu untuk pendidikan, tiga untuk sekolah/institusi pendidikan KPM, satu keagamaan dan satu pusat tahanan.
#COVID-19 #jumlah kematian #Sembuh #Selangor #ICU #Noor Hisham Abdullah #unit rawatan rapi #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif