COVID-19: 2,375 kes baharu, 11 kematian dicatat

Astro Awani
Disember 2, 2022 01:30 MYT
24,467 kes aktif dicatatkan pada Khamis dan daripada jumlah itu 22,637 kes sedang menjalani kuarantin di rumah. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Khamis terus menunjukkan peningkatan dengan 2,375 kes dilaporkan berbanding 1,737 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
Portal KKMNOW mendedahkan kes kematian menurun kepada 11 kes berbanding 17 kes semalam.
Dua daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 24,467 kes aktif dicatatkan pada Khamis dan daripada jumlah itu 22,637 kes atau 92.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).
Manakala, 1,739 pesakit mendapat rawatan di hospital.
91 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 57 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 2,857 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #KKMNOW