COVID-19: 2,461 kes baharu, ini lima tumpuan kenyataan media KKM

Hilmi Malik
Februari 20, 2021 10:41 MYT
Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 34,468 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesemua kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam ini melibatkan penularan tempatan.
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 20 Februari.
1) 2,461 kes baharu COVID-19 dicatatkan di negara ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 280,272 kes.
2) Lapan lagi kes kematian baharu, menambahkan angka keseluruhan terkini iaitu 1,051 kes.
3) Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah berjumlah 34,468 kes.
4) 207 kes sedang dirawat di unit rawtan rapi (ICU), dengan 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.
5) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahkan pertambahan 10 kluster baharu.
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #KKM #koronavirus #kes baharu #kes kematian #Kluster baharu