COVID-19: 2,500 kes baharu, Selangor masih tertinggi

Khairunnisa Kasnoon
Mei 3, 2021 10:09 MYT
Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 637 kes diikuti Kelantan (401) dan Sarawak (356). - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 hari ini menurun ke bawah angka 3,000 dengan 2,500 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes kumulatif jangkitan dalam negara kini sebanyak 417,512 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah itu, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 637 kes diikuti Kelantan (401) dan Sarawak (356).
Ia diikuti Johor dengan 205 kes; Kuala Lumpur (200); Pulau Pinang (194); Kedah (103); Negeri Sembilan (97); Melaka (95); Perak (59); Sabah (57); Pahang (55); Terengganu (38) dan Putrajaya (tiga), sementara Labuan serta Perlis tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Sehingga 3 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,500 kes (417,512 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 637 (135,486) Sabah - 57 (58,372) Johor - 205 (46,105) WP KL - 200 (44,369) Sarawak - 356 (32,047) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, dalam satu kenyataan media, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 18 kes kematian baharu direkodkan mejadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada 1,551 kes.
Dalam pada itu, sebanyak 2,068 kes sembuh dilaporkan dan kes aktif sebanyak 30,753 kes.
Katanya, seramai 352 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 186 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Katanya, selain itu, sembilan kluster baharu dikenal pasti melibatkan masing-masing tiga kluster komuniti dan kluster tempat kerja, dua kluster sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM, serta satu kluster pusat tahanan.
#COVID-19 #Malaysia #kes baharu #Dr Noor Hisham Abdullah #selangor tertinggi #kematian #Kluster baharu