COVID-19: 20,546 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 7,307 kes

Astro Awani
Ogos 15, 2021 10:39 MYT
Dengan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara ialah 1,404,899 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kes jangkitan harian COVID-19 di Malaysia merekodkan 20,546 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kepada 1,404,899 kes.
Selangor kekal menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 7,307 kes.
Ini diikuti Sabah dengan 1,665 kes, Kedah (1,596), Johor (1,508), Kuala Lumpur (1,442), Pulau Pinang (1,111), Perak (1,069) dan Kelantan (1,025).

Sehingga 15 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yg dilaporkan adalah 20,546 kes (1,404,899 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 7,307 (512,654) WPKL - 1,442 (154,499) Johor - 1,508 (110,845) Sabah - 1,665 (105,102) Sarawak - 963 (87,006) Negeri Sembilan - 698 (84,869)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, 282 kes kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu adalah 12,510 kes.
Sebanyak 16,945 kes sembuh turut direkodkan, dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh mencecah 1,145,128 orang.
Dalam masa sama, seramai 1,059 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 526 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan sehingga hari ini kata beliau, adalah 247,261 kes.

Status Terkini #COVID19, 15 Ogos 2021 Kes sembuh= 16,945 Jumlah kes sembuh= 1,145,128 Kes baharu positif= 20,546 (14 import) Jumlah positif= 1,404,899 Kes kematian= 282 Jumlah kes kematian= 12,510 Kes dirawat di ICU= 1,059 Bantuan alat pernafasan= 526 pic.twitter.com/aAyKoohQD9

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) August 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #Noor Hisham Abdullah #Malaysia