KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 dalam negara merekodkan 21,468 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif penularan wabak itu kini mencecah 1,363,683 jangkitan di Malaysia.

Selangor masih merekodkan angka jangkitan harian tertinggi dengan 7,449 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur; 2,183 kes, Kedah;1,807 kes, Sabah; 1,654 kes, Johor; 1,485 kes, Pulau Pinang; 1,316 kes dan Kelantan; 1,088 kes. 

Dr Noor Hisham memberitahu, 277 kes kematian baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat virus itu adalah 11,968 kes.

Tambahnya, sebanyak 17,025 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh mencecah 1,110,528 orang.

Menurutnya lagi, 1,075 individu sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 537 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah aktif dengan kebolehjangkitan yang direkodkan sehingga hari ini kata beliau, adalah 241,187  kes.