COVID-19: 21 kematian baharu direkod, 10 BID

Astro Awani
Februari 17, 2022 00:40 MYT
KKM melaporkan 21 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 21 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,180 orang, daripada 3.06 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sembilan daripada 21 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada di antaranya kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 202,884 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 190,268 individu atau 93.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 5,505 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 6,907 kes dirawat di hospital dan 88 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 88 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 116 lagi memerlukan mesin ventilator.
#Kematian baharu #bid #COVID-19 #COVIDNOW