COVID-19: 21 kes baharu direkodkan, 16 adalah kes penularan tempatan

Nursyazwani Saiful Sham
Julai 24, 2020 09:54 MYT
Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat tiga kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah telah pulih sepenuhnya adalah 8,577 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat merekodkan 21 kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah 8,861 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu itu, 16 kes adalah penularan tempatan dan lima kes adalah kes import.
Daripada 16 kes penularan di dalam negara, 13 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tiga kes adalah di kalangan bukan warganegara.
Berikut adalah perincian kes penularan tempatan dalam kalangan bukan warganegara;
- Johor: satu kes daripada Kluster Warga Emas Kluang
- Pahang: dua kes daripada Kluster Elsa
Ini pula perincian kes penularan tempatan dalam kalangan warganegara;
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: dua kes daripada Kluster PUI Ramnad
- Selangor: satu kes daripada Kluster PUI Al Khobar
- Johor: satu kes daripada Kluster Warga Emas Kluang
- Pahang: satu kes daripada Kluster Elsa
- Sarawak: lapan kes daripada Kluster Sentosa
Manakala lima kes import yang direkodkan melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia atau dibenarkan masuk atas urusan kerja.
Berikut adalah perincian kes import;
- Singapura: satu kes
- Australia: satu kes
- Filipina: satu kes
- Pakistan: satu kes
- Qatar: satu kes
Pada masa sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat tiga kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah telah pulih sepenuhnya adalah 8,577 kes (96.8 peratus).
Sehingga kini, hanya lima kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Tiada pertambahan kematian direkodkan hari ini, jumlah kematian kekal 123 kes (1.39 peratus).
#COVID-19 #Datuk Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #kes import #KKM #penularan tempatan #positif