COVID-19: 22,802 kes baharu direkodkan, kes kumulatif kini lebih 3 juta

Astro Awani
Februari 12, 2022 08:22 MYT
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 3,019,163 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan selepas 22,802 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 3,019,163 kes.
Beliau menambah, sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 99.54 peratus atau 22,698 kes.
Pesakit kategori 3, 4, dan 5 pula sebanyak 104 kes atau bersamaan 0.46 peratus.

Drp 22,802 kes harian yg dilaporkan pada 12 Feb 2022; 104 kes (0.46%) kategori 3, 4 & 5 22,698 kes (99.54%) kategori 1 & 2 Kategori 1 : 5,029 kes (22.05%) Kategori 2 : 17,669 kes (77.49%) Kategori 3 : 82 kes (0.36%) Kategori 4 : 14 kes (0.06%) Kategori 5 : 8 kes (0.04%)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Daripada 22,802 kes jangkitan baharu, sebanyak 595 adalah kes import dan 22,708 kes tempatan.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 5,442 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,846,713 kes.
Sebanyak 176 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 98 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 11 lagi kluster baharu turut dikesan hari ini, dengan 415 kluster masih lagi aktif.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #kes baharu #Malaysia