COVID-19: 23 kematian baharu, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM

Astro Awani
Mei 4, 2021 13:03 MYT
Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai termasuk individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi SOP. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 675 kes (21.6 peratus), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya, daripada jumlah ini, sebanyak 493 kes (73.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini:
1) Sebanyak 3,120 kes baharu COVID-19 dikesan, jumlah kumulatif kini 420,632 kes.
2) Sebanyak 2,334 kes sembuh, jumlah kumulatif kini 387, 542 kes.
3) Sebanyak 23 kes kematian baharu direkodkan, jumlah kumulatif kini 1,574 kes.
4) Sebanyak 17 kluster baharu dikesan.
5) Sebanyak 10 kluster diisytihar tamat hari ini.
#Kementerian Kesihatan #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kes positif #kes baharu #Kluster baharu #Kes sembuh #jumlah kematian