COVID-19: 24 kluster baharu, Kelantan tertinggi

Hilmi Malik
Ogos 22, 2021 12:24 MYT
Negeri mencatatkan kluster tertinggi hari ini adalah Kelantan dengan enam kluster, manakala Selangor pula hanya satu kluster. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sebanyak 24 kluster baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dengan kluster tempat kerja masih menjadi penyumbang tertinggi iaitu 12 kluster.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) kluster komuniti yang dikesan pula sebanyak 11 kluster serta kumpulan berisiko tinggi (satu kluster).
Negeri mencatatkan kluster tertinggi hari ini adalah Kelantan dengan enam kluster, manakala Selangor pula hanya satu kluster.
Jumlah kluster aktif secara keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 1,436 kluster.
Berikut perincian bagi semua 24 kluster baharu terbabit:
#COVID-19 #Kluster baharu #Dr Noor Hisham Abdullah #KKM #Kelantan #Selangor