KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes pada Sabtu untuk tujuh hari berturut-turut.

Semalam jumlah kes turun kepada 287, berbanding 320 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Portal KKMNOW turut memaklumkan tiada kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Sabtu juga turun kepada 10,634 kes.

Daripada jumlah itu, 10.175 kes atau 95.7 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 439 pesakit mendapat rawatan di hospital.

20 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala tujuh pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 590 kes sembuh.