COVID-19: 29 lagi kluster dikenal pasti, tempat kerja masih tertinggi
Astro Awani
September 14, 2021 12:22 MYT
September 14, 2021 12:22 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 29 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tempat kerja adalah penyumbang kluster terbesar dengan 14 kluster, diikuti 12 kluster komuniti dan tiga kluster kumpulan berisiko tinggi.
Katanya, Kelantan merekodkan jumlah kluster tertinggi dengan 10 kluster.
Beliau berkata, sebanyak 3,734 kluster telah tamat dan 1,448 kluster lagi masih aktif.
Perincian 29 kluster baharu yang direkodkan adalah seperti di bawah: