COVID-19: 3,229 kes jangkitan baharu, sembilan lagi kematian

Raja Hisyam Raja Zaid
Januari 19, 2022 06:22 MYT
Sembilan kes kematian dicatatkan pada Selasa - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,229 kes jangkitan baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, jumlah terbaharu menjadikan jumlah kumulatif terkini jangkitan COVID-19 di negara ini adalah 2,817,163 kes.
Selain itu juga sembilan kes kematian dicatatkan setakat Selasa dengan tiada kes brought-in-dead (BID) direkodkan dalam tempoh tersebut.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 terkini berjumlah 31,818.

Pada 19 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,229 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,817,163 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvUkWX Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut kenyataan itu lagi sebanyak 2,848 kes sembuh turut dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif semasa adalah 2,744,203.
Dalam pada itu kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) 162 kes dengan 75 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada 3,229 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 3,191 kes (98.8 peratus) adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 manakala 38 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.
KKM juga turut merekodkan 20 lagi kluster baharu pada Rabu dengan jumlah kluster ketika ini adalah 6,255.
Jumlah kluster aktif adalah 201.
#bid #brought-in-dead #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #Kementerian Kesihatan #KKM #Malaysia #Noor Hisham Abdullah