KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 meningkat ke 3,264 kes pada Ahad, berbanding 2,799 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada jumlah itu, lima daripadanya merupakan kes import.

Manakala kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 35,882 bertambah sebanyak 559 kes.

Menurut portal COVIDNOW, dua kes kematian dicatat, menjadikan jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,811.

Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, 34,659 individu atau 96.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala 24 individu ditempatkan di PKRC.

Seramai 1,156 pesakit dirawat di hospital dengan 43 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).