KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu COVID-19 pada Selasa meningkat semula kepada 3,429 kes berbanding 2,437 kes yang dicatat pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.741 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, kes kematian pada Selasa meningkat kepada sembilan kes berbanding lapan yang dicatatkan pada hari sebelumnya.

Satu daripadanya merupakan kes berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 40,741 dan 95.9 peratus atau 39,062 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,563 kes dirawat di hospital dengan 84 kini ditempatkan di wad ICU di mana 58 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 4,882 kes sembuh.