COVID-19: 3,436 kes jangkitan baharu, lapan kematian dicatat

Astro Awani
November 11, 2022 00:30 MYT
33,965 kes aktif dicatatkan dan daripada jumlah itu 32,107 kes atau 94.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 pada Khamis kembali catat kenaikan.
Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan semalam adalah 3,436 kes berbanding 3,267 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.
Sementara itu sejumlah lapan kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam.
Tiada kes kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 33,965 kes aktif dicatatkan dan daripada jumlah itu 32,107 kes atau 94.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala, 1,766 pesakit mendapat rawatan di hospital.
92 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 60 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 4,292 kes sembuh.
#COVID-19 #kes positif #kes kematian #KKMNOW