COVID-19: 3,631 kes baharu, 14 lagi kematian dilaporkan

Astro Awani
Januari 19, 2021 10:29 MYT
Malaysia mencatatkan 14 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara adalah sebanyak 619 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 14 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara adalah sebanyak 619 kes.
Pada masa sama, sebanyak 3,631 kes baharu COVID-19 dilaporkan, dan jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu di negara ini adalah 165,371 kes .
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 3,624 kes adalah kes tempatan dan tujuh lagi mendapat jangkitan dari luar negara.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 39,464 kes dan kes sembuh terbaharu adalah 2,944.
Selangor mencatatkan kes baharu COVID-19 tertinggi dengan 1,199 kes, diikuti Sabah, 526 kes dan Kuala Lumpur, 521 kes.
Setakat ini, seramai 238 orang pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 96 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
KKM turut memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu dikenal pasti di beberapa negeri iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Kedah, Terengganu dan Pahang.
#kes baharu #Kes sembuh #kematian #COVID-19 #Malaysia #PKP #Noor Hisham Abdullah #ICU #KKM #unit rawatan rapi #Dr Noor Hisham Abdullah #kematian COVID-19