JANGKITAN baharu COVID-19 semalam menghampiri paras 4,000 kes.

Data di portal KKMNOW mendedahkan, kes jangkitan COVID-19 pada Selasa adalah 3,781 berbanding 2,521 kes yang dicatatkan hari sebelumnya.

Data itu turut memaklumkan sembilan kematian direkod semalam berbanding lapan pada Isnin.

Turut dilaporkan tiga kes kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Sementara itu, 35,457 kes aktif dicatatkan dan daripada jumlah itu 33,706 kes atau 95.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala, 1,676 pesakit mendapat rawatan di hospital.

Seramai 75 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 26 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 2,979 kes sembuh.