COVID-19: 3,973 kes baharu, kes aktif hampiri angka 40,000

Madiha Abdullah
Mei 11, 2021 09:48 MYT
Dr Noor Hisham berkata, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 1,328 kes diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (483). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,973 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 448,457 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat angka tertinggi dengan 1,328 kes diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (483).
Jelasnya, sebanyak 2,848 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 408,236 kes.
Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 38,499.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 22 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,722.
"Seramai 453 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 244 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan," kata Dr Noor Hisham dalam sidang media harian pada Selasa.
Sebanyak 13 kluster baharu tuurut dikesan hari ini menjadikan kluster aktif setakat ini sebanyak 454.
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #kes baharu #kluster #unit rawatan rapi #ICU #Dr Noor Hisham Abdullah #Malaysia #kes positif #kes aktif