COVID-19: 30 kluster baharu, majoriti melibatkan tempat kerja, komuniti

Astro Awani
Ogos 3, 2021 11:57 MYT
Dengan pertambahan 30 kluster baharu itu, ia menjadikan 3,761 kluster direkodkan sejak wabak ini mula melanda negara. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 30 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan kluster tempat kerja dan kluster komuniti masing-masing merekodkan 14 kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, baki dua daripada keseluruhan kluster baharu itu melibatkan kumpulan berisiko.
“Terdapat 719 kes melibatkan kluster tempat kerja, 394 kes melibatkan kluster komuniti sementara 53 kes melibatkan kluster kumpulan berisiko,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dengan pertambahan 30 kluster baharu itu, ia menjadikan 3,761 kluster direkodkan sejak wabak ini mula melanda negara.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan sejumlah 1,143 kluster masih lagi aktif ketika ini dengan 2,618 kluster telah diisytihar tamat.
Berikut perincian 30 kluster baharu yang dilaporkan hari ini:
1. KAMPUNG BANIR BELIKONG
- Kluster komuniti dikesan di Pasir Puteh, Kelantan
- 25 disaring, 19 positif
2. KAMPUNG JELOR
- Kluster komuniti dikesan di Pasir Puteh dan Kota Bharu, Kelantan
- 30 disaring, 19 positif
3. KAMPUNG PADANG BONGOR
- Kluster komuniti dikesan di Kota Bharu, Kelantan
- 25 disaring, 12 positif
4. TAMAN KIFAYAH
- Kluster komuniti dikesan di Jeli, Kelantan
- 31 disaring, 11 positif
5. KAMPUNG CHERANG HANGUS MACHANG
- Kluster komuniti dikesan di Machang, Kelantan
- 17 disaring, 11 positif
6. KAMPUNG PADANG TOK LA
- Kluster komuniti dikesan di Pasir Mas, Kelantan
- 10 disaring, 8 positif
7. DAH KAMPUNG NONANG
- Kluster komuniti dikesan di Kota Setar, Kedah
- 68 disaring, 45 positif
8. DAH KAMPUNG TIANG
- Kluster komuniti dikesan di Pendang, Kedah
- 69 disaring, 30 positif
9. KERTEH LIMA
- Kluster komuniti dikesan di Dungun, Terengganu
- 169 disaring, 78 positif
10. KAMPUNG TELAGA AIR
- Kluster komuniti dikesan di Kuching, Sarawak
- 528 disaring, 61 positif
11. KAMPUNG SANGKABOK
- Kluster komuniti dikesan di Kuala Penyu, Sabah
- 38 disaring, 33 positif
12. KAMPUNG SUNGAI ISAP
- Kluster komuniti dikesan di Kuantan, Pahang
- 76 disaring, 25 positif
13. KAMPUNG TUN RAZAK
- Kluster komuniti dikesan di Hulu Selangor, Selangor
- 36 disaring, 23 positif
14. TAMAN PARIT JAYA
- Kluster komuniti dikesan di Perak Tengah dan Kuala Kangsar, Perak
- 55 disaring, 19 positif
15. TAPAK BINA BESTARI SATU
- Kluster tempat kerja dikesan di Klang, Selangor
- 208 disaring, 161 positif
16. INDUSTRI BANGI LAMA BATU SATU SETENGAH
- Kluster tempat kerja dikesan di Hulu Langat, Selangor
- 144 disaring, 124 positif
17. INDUSTRI CANANG EMAS LAPAN
- Kluster tempat kerja dikesan di Klang, Selangor
- 145 disaring, 109 positif
18. TAPAK BINA DAMAR 2
- Kluster tempat kerja dikesan di Sepang dan Petaling, Selangor
- 270 disaring, 68 positif
19. TAPAK BINA KENANGA SALAK PERDANA
- Kluster tempat kerja dikesan di Sepang, Selangor
- 183 disaring, 48 positif
20. MERBAU 10 KULAI
- Kluster tempat kerja dikesan di Kulai dan Johor Bahru, Johor
- 19 disaring, 9 positif
21. PERINDUSTRIAN JAMIL DUA
- Kluster tempat kerja dikesan di Muar, Johor
- 68 disaring, 41 positif
22. JALAN INDUSTRI BIOTEKNOLOGI DUA
- Kluster tempat kerja dikesan di Johor Bahru, Johor
- 230 disaring, 9 positif
23. INDUSTRI JALAN MUTIARA NILAI
- Kluster tempat kerja dikesan di Nilai, Negeri Sembilan
- 112 disaring, 44 positif
24. INDUSTRI GEDOK
- Kluster tempat kerja dikesan di Tampin, Negeri Sembilan
- 79 disaring, 30 positif
25. MEGA SUAI
- Kluster tempat kerja dikesan di Subis, Sarawak
- 351 disaring, 24 positif
26. JALAN INDUSTRY ESTATE 38
- Kluster tempat kerja dikesan di Bintulu, Sarawak
- 85 disaring, 17 positif
27. RIMBA MENTAKAB
- Kluster tempat kerja dikesan di Temerloh Pahang
- 55 disaring, 24 positif
28. JONG LANGKAP
- Kluster tempat kerja dikesan di Hilir Perak, Perak
- 20 disaring, 11 positif
29. JALAN SERI IMPIAN TIGA
- Kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Kluang, Johor
- 99 disaring, 37 positif
30. JALAN PAHANG BIDOR
- Kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di Titiwangsa, Kuala Lumpur
- 26 disaring, 16 positif
#Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #Kluster tempat kerja #kluster komuniti #jangkitan COVID-19 #Kes baharu COVID-19 #Kluster baharu COVID-19