Kedutaan Malaysia di Itali mengesahkan kesemua 323 rakyat Malaysia yang berada di negara itu kini berada dalam keadaan selamat dan sentiasa di bawah pemantauan.
Duta Besar Malaysia ke Itali, Datuk Abdul Malik Melvin Castelino berkata pihaknya sudah mengenal pasti kedudukan rakyat Malaysia di negara itu dalam usaha untuk membawa pulang mereka.
Katanya, pihak Kedutaan Malaysia di Itali turut menubuhkan Task Force bersama Kedutaan Besar Malaysia Holy See bagi menguruskan proses evakuasi tersebut.
“Kami telah mengenalpasti lokasi di mana kedudukan rakyat Malaysia seramai 323 orang di seluruh Itali.
“Pada ketika ini kami sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung ahli keluarga mereka, dan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan yang bekerja dan telah pun menetap di sini, selain mempunyai keluarga yang terdiri daripada rakyat Itali.
“Namun demikian, kami terus meningkat pemantauan dan meminta raklyat Malaysia yang masih belum mendaftar agar terus mendaftar supaya kita boleh membantu dari segi keadaan mereka secara peringkat ke peringkat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Ahad.
Jelas Abdul Malik, kebanyakan rakyat Malaysia dikesan berada di kawasan Utara Itali dan jumlah yang dibawa pulang akan ditentukan oleh pihak Kedutaan.
BACA: COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428
BACA: COVID-19: Wisma Putra laksana persiapan bawa pulang warga Malaysia di Itali, Iran
Katanya, setakat ini seramai 48 orang pelajar telah berdaftar dengan Kedutaan dan kebanyakan rakyat Malaysia yang berada di negara itu merupakan mereka yang telah berkahwin dengan warganegara Itali.
Sehubungan itu, beliau berkata Kedutaan akan sentiasa berkomunikasi dengan rakyat Malaysia bagi memastikan tahap kesihatan mereka, selain menghulurkan bantuan termasuk menyediakan peralatan perlindungan seperti penutup mulut dan hidung.
Terdahulu, Itali mengumumkan semua kedai kecuali farmasi dan kedai menjual makanan di dalam negara yang mempunyai lebih 60 juta penduduk itu akan ditutup selepas kes COVID-19 dalam negara itu meningkat kepada 12,462 kes daripada tiga kes dalam tempoh kurang daripada tiga minggu.
Hasimi Muhamad
Sun Mar 15 2020
Jelas Abdul Malik, kebanyakan rakyat Malaysia dikesan berada di kawasan Utara Itali, dan jumlah yang akan dibawa pulang masih ditentukan oleh pihak kedutaan.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.