KUALA LUMPUR: Sejumlah 34 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan majoritinya melibatkan kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 17 kluster tempat kerja direkodkan, 14 kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster keagamaan.

10 kluster tempat kerja dilaporkan di Johor, dua kluster masing-masing di Perak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kluster di Kelantan, Sarawak dan Putrajaya.

Bagi kluster komuniti pula, sembilan kluster dikesan di komuniti, dua di Sarawak, dan masing-masing satu kluster di Perak, Kedah dan Johor.

Dua kluster kumpulan berisiko tinggi pula masing-masing dilaporkan di Johor dan Kelantan.

Kluster keagamaan pula dikesan di Kuantan, Pahang.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, daripada 5,121 kluster keseluruhan, 3,681 kluster telah tamat dengan 1,440 kluster masih lagi aktif.

Kluster baharu COVID-19 yang dilaporkan pada 12 September 2021.
Kluster baharu COVID-19 yang dilaporkan pada 12 September 2021.
Kluster baharu COVID-19 yang dilaporkan pada 12 September 2021.