COVID-19: 35 lagi kematian direkodkan, 6 BID

Astro Awani
Disember 28, 2021 00:15 MYT
KKM melaporkan 35 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 35 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,369 orang, daripada 2.73 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam daripada 35 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 42,917 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 36,052 individu atau 84 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,071 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 3,497 kes dirawat di hospital dan 297 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 128 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 169 lagi memerlukan mesin ventilator.
#Kematian baharu #brought-in-dead #bid #PKRC