KUALA LUMPUR: Selepas dua hari berturut-turut merekodkan kes baharu di bawah angka 4,000, kes positif COVID-19 mencatatkan sedikit peningkatan dengan 4,066 kes pada Selasa.

Jumlah itu bertambah hampir 900 kes berbanding 3,214 yang direkodkan pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan angka terbaharu itu menyaksikan jumlah kumulatif kes di Malaysia adalah sebanyak 2,840,225 kes.

“Daripada 4,066 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 50 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan  4,016 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Berikut merupakan antara perincian COVID-19 pada Selasa, 25 Januari 2022:

* Kes sembuh: 3,559 kes (2,762,608 kes kumulatif, 97.3%) 

* Kes baharu : 4,066 kes (2,840,225 kes kumulatif)

* Kes import : 442 kes [323 warganegara (73.1%); 119 bukan warganegara (26.9%)]

* Kes tempatan : 3,624 kes [3,521 warganegara (97.2%); 103 bukan warganegara (2.8%)]

* Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 131 kes (113 kes disahkan COVID-19; 18 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)

* Kes memerlukan bantuan pernafasan: 65 kes (46 kes disahkan COVID-19; 19 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)

* Jumlah kluster : 6,328 kluster

* Jumlah kluster baharu : 13 kluster

* Jumlah kluster yang telah tamat : 6,084 kluster

* Jumlah kluster aktif : 244 kluster

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 10 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,902 orang, daripada lebih 2.83 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, satu kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).