KUALA LUMPUR : Malaysia merekodkan 4,626 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melanda negara kepada 2,688,149.

Dalam pada itu, berdasarkan data COVIDNOW, kadar kematian setakat tengah malam semalam merekodkan pertambahan sebanyak 44 lagi kes kematian. 

Ini juga termasuk dengan 10 kes kematian brought-in-dead (BID). 


Bagaimanapun, sebahagian besar kes masih membabitkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 97.9 peratus. 

Manakala selebihnya melibatkan kategori 3,4, dan 5 iaitu sebanyak 2.1 peratus atau bersamaan 95 kes. 

Setakat ini, Unit Rawatan Rapi (ICU) menempatkan seramai 396 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 211 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Sementara itu angka kes pulih hari ini dilaporkan sebanyak 4,690 dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 2,596,509.