COVID-19: 4,744 kes baharu, 16 lagi kematian

Eton Khir
Januari 26, 2022 09:48 MYT
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,844,969. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 4,744 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,844,969.
Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 16 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,918 kematian.
Jumlah itu juga termasuk tiga kes brought-in-dead (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Pada 26 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,744 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,844,969 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvTN7p Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat ini, 129 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 72 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 3,646 kes, sekali gus menjadikan angka kumulatif bagi kes sembuh adalah sebanyak 2,766,254.
Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu 99.4 peratus atau 4,714 kes melibatkan pesakit tidak bergejala dan gejala ringan.
Selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5 iaitu sebanyak 0.6 peratus atau bersamaan 30 kes.
Dalam pada itu, 21 kluster baharu turut dikesan dengan 259 kluster masih lagi aktif sementara 6,090 kluster telah diisytiharkan tamat.

Kenyataan Akhbar KPK 26 Januari 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) https://t.co/8SoI1XIci4

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Malaysia #brought-in-dead